G.A.G.A.L
atau dengan kata lain tak lulus exam?
tapi kenapa perlu putus asa?
kenapa perlu merendah diri?
kenapa perlu bandingkan dengan orang lain?
bangkitlah sendiri,
usaha sendiri untuk diri sendiri...
kenapa harus perli orang yang lulus sedangkan kita sendiri gagal?
cemburu ke kita?
apalah salahnya jika kita mengajak kawan kita yang lulus itu untuk belajar bersama..
biarlah mereka ketawakan kita hanya kerana kita hendak belajar sekarang,
biarlah mereka mengata kita hanya kerana kita hendak berubah sekarang
biarlah kita menangis hari ini hanya kerana menyesal tak study bersungguh-sungguh
jika betul kita nak berubah,
tetapkan matlamat, usah dengar kata orang
semoga satu hari nanti kita akan menangis kembali hanya kerana kita cemerlang dalam peperiksaan sebenar
ayuh!
bangun! bangkit dan teruskan perjuanganmu..
kejayaan itu adalah hak milik setiap insan...