Friday, August 23, 2013

Bab 5: Industri Kecil dan Sederhana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
kali ini saya akan kongsi bersama anda mengenai 
INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
iaitu tajuk dalam bab 5 tingkatan 4

DEFINISI IKS
Perniagaan yang mempunyai modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta, mempunyai pusing ganti jualan tahunan tidak melebihi RM25juta dan mempunyai pekerja sepenuh masa yang tidak melebihi 150 orang.
IKS merupakan gabungan daripada dua jenis industri bersaiz kecil dan industri bersaiz besar.

dalam tajuk ini, kamu akan melihat kegiatan IKS, masalah yang melibatkan IKS, cara untuk mengatasi masalah IKS, kepentingan IKS dan kaitan IKS dengan industri berat.
secara ringkasnya, kamu boleh melihat dan mengulangkaji menggunakan peta konsep di bawah ini.
Selamat Mengulangkaji pelajaran..


Thursday, August 22, 2013

Hierarki Keperluan Maslow

Assalamualaikum dan salam sejahtera
kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai hierarki keperluan maslow
apa yang penting,
anda pandai melukis rajah hierarki keperluan maslow 
mengenali setiap peringkat dan contoh yang sesuai..
selamat mengulangkaji!




Wednesday, August 21, 2013

#Ekonomi Asas: Bab 1- Pengenalan kepada Ekonomi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
kali ini saya nak kongsi peta konsep bab 1 matapelajaran Ekonomi Asas iaitu pengenalan kepada ekonomi
apa yang penting, kamu perlulah memahami dan memberi penekanan kepada:
konsep ekonomi
empat faktor ekonomi
masalah ekonomi
penyelesaian masalah ekonomi oleh unit-unit ekonomi
ciri-ciri barang percuma, awam dan ekonomi
ciri-ciri setiap sistem ekonomi

apa yang penting, kena faham bukan hafal semata-mata :)
ok, sekarang boleh ulangkaji peta konsep yang saya lampirkan ini..
selamat mengulangkaji pelajaran!

Bab 4; Perniagaan Antarabangsa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua peta minda berkaitan perniagaan antarabangsa iaitu sukatan pelajaran Perdagangan tingkatan 4
apa yang penting bagi tajuk ini anda perlulah mengusai dan memahami konsep-konsep yang biasa digunakan dalam perniagaan antarabangsa.
anda perlu memahami konsep perniagaan antarabangsa iaitu import, eksport dan entreport
kemudian anda perlu mengetahui kepentingan perniagaan antarabangsa kepada pengguna, pengeluar dan negara
dan akhir sekali anda perlu mengetahui dokumen perniagaan antarabangsa yang biasa digunakan..
ok, selamat mengulangkaji menggunakan peta minda yang diberikan!
semoga berjaya :)


Tuesday, August 20, 2013

#Kata Sendi Nama: Daripada

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
post yang lepas kita sudah mempelajari penggunaan kata sendi nama dari
Kali ini pula kita akan lihat penggunaan kata sendi nama

DARIPADA

Kata sendi nama daripada diletakkan
di hadapan KATA NAMA atau FRASA NAMA yang menyatakan
punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur abstrak, sumber atau asal usul sesuatu benda, sebahagian daripada semua, dan perbezaan atau perbandingan.

contoh KESALAHAN ayat yang biasa dilakukan:
Dia menjauhkan dirinya sama sekali dariku
Apabila Yunos telah baik dari sakitnya, dia datang mengunjungiku.
Enam orang dari mereka mati disambar petir.

Ayat yang sepatutnya anda gunakan:
Dia menjauhkan dirinya sama sekali daripadaku
Apabila Yunos telah baik daripada sakitnya, dia datang mengunjungiku.
Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

ok, faham?
sekarang kamu dapat bezakan penggunaan kata sendi nama dari dan daripada kan?
apa yang penting, kamu kena faham dahulu maksud ayat yang kamu hendak sampaikan atau tulis.
ingat, jangan lakukan kesalahan yang sama..
Selamat Mengulangkaji Pelajaran :)

#Kata Sendi Nama: Dari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saya percaya ramai yang keliru dan adakalanya banyak melakukan kesalahan berhubung penggunaan kata sendi nama dari dan daripada.
Kali ini kita akan lihat dahulu penggunaan kata sendi nama

DARI

Kata sendi nama dari digunakan
di hadapan KATA NAMA atau FRASA NAMA yang menyatakan
ARAH, TEMPAT, WAKTU dan MASA

contoh KESALAHAN ayat yang biasa dilakukan:
Awak datang daripada mana?
Mereka baru sampai daripada Kuching
Kerajaan itu terkenal daripada kurun ke-18

Ayat yang sepatutnya anda gunakan:
Awak datang dari mana? (Arah)
Mereka baru sampai dari Kuching (Tempat)
Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 (Masa)

ok, jelas?
faham?
kalau nak senang ingat, kita gunakan kata kunci ini,
DARI - ATM (arah, tempat, masa)
untuk mengelakkan kamu melakukan kesalahan yang berulang kali :)
Selamat mengulangkaji pelajaran!

Monday, August 19, 2013

Pendingin hawa atau penghawa dingin?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
cuba perhatikan gambar di bawah...
secara jujurnya, apa yang kamu akan sebut 
jika di tanya apakah nama gambar yang ditunjukkan di bawah ini?


PENDINGIN HAWA atau PENGHAWA DINGIN?

perkataan DINGIN ialah kata adjektif yang sepatutnya dikaitan dengan sesuatu kata nama. 
Oleh sebab itu, alat yang mendinginkan hawa (kata nama), TIDAK sepatutnya disebut sebagai "penghawa dingin" sebaliknya "pendingin hawa".
Maknanya jelas dan tepat.
Penghawa dingin TIDAK menimbulkan apa-apa makna.

Mari kita lihat contoh ayat:
Yang biasa kita gunakan: (Ayat yang salah)
Oleh sebab cuaca terlalu panas, Ali memasang penghawa dingin.

Yang sepatutnya kita gunakan: (Ayat yang betul)
Oleh sebab cuaca terlalu panas, Ali memasang pendingin hawa.
Ok, sekarang kamu sudah memahami perbezaannya kan?
da tahu mana yang sepatutnya digunakan jika ingin menggunakan kata nama bagi gambar di atas?
betulkan yang biasa, biasakan yang betul k?
Selamat mengulangkaji pelajaran!