Monday, August 19, 2013

dulu-dulu lain.....


dulu lain, sekarang lain..
yela kan dunia semakin bertambah maju
manusia semakin betambah pandai...
tapi jangan dengan kepesatan teknologi kita menjadi semakin kurang pandai
kenapa?
sebabnya segalanya dibuat dihadapan laptop
hilanglah segala kemahiran berkomunikasi sesama kita
nak jawab pun mulalah tergagap-gagap
sebab apa?
da terbiasa menjawab secara bukan lisan..
bahasa pon da jadi bahasa sendiri kan?
hilang dah bahasa Melayu yang kita belajar sejak darjah satu..
sedar-sedarlah..
sejauh mana pun tingkat teknologi yang kita ada,
kita kena ingat orang disekeliling kita
jangan hanya duduk mengadap laptop sahaja..
gunakanlah teknologi yang ada dengan sebaiknya..
sekian,
Assalamualaikum :)

Sunday, August 18, 2013

selamat kembali ke sekolah!


selamat kembali ke sekolah...
buang perasaan MALAS jika anda pernah BERANGAN untuk berjaya!
masih belum terlambat untuk anda mengejar kejayaan..
ingat..
datang dengan harapan,
pulang dengan kejayaan..
semoga anda berjaya!

gagal lagi?

G.A.G.A.L
atau dengan kata lain tak lulus exam?
tapi kenapa perlu putus asa?
kenapa perlu merendah diri?
kenapa perlu bandingkan dengan orang lain?
bangkitlah sendiri,
usaha sendiri untuk diri sendiri...
kenapa harus perli orang yang lulus sedangkan kita sendiri gagal?
cemburu ke kita?
apalah salahnya jika kita mengajak kawan kita yang lulus itu untuk belajar bersama..
biarlah mereka ketawakan kita hanya kerana kita hendak belajar sekarang,
biarlah mereka mengata kita hanya kerana kita hendak berubah sekarang
biarlah kita menangis hari ini hanya kerana menyesal tak study bersungguh-sungguh
jika betul kita nak berubah,
tetapkan matlamat, usah dengar kata orang
semoga satu hari nanti kita akan menangis kembali hanya kerana kita cemerlang dalam peperiksaan sebenar
ayuh!
bangun! bangkit dan teruskan perjuanganmu..
kejayaan itu adalah hak milik setiap insan...

Saturday, August 17, 2013

Bab 3: Perniagaan Dalam Negeri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
kali ni kita akan imbas kembali apa yang kita da belajar dalam bab 3 iaitu Perniagaan dalam negeri
walaupun sukatan untuk tajuk ini agak banyak, tapi kalo anda faham konsepnya pasti segalanya akan mudah..
pada awal bab ini, kita telah belajar mengenai perniagaan runcit, anda hendaklah memahami setiap perniagaan runcit yang diberikan, JANGAN KELIRU dan sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa contoh berdasarkan persekitaran anda, barulah anda akan memahami konsep asasnya.
seterusnya anda telah mempelajari mengenai pemborong saudara dan ejen.. anda seharusnya mengetahui fungsi pemborong tersebut..
dan akhir sekali anda telah mempelajari saluran agihan.. ada 6 saluran sahaja, tak banyak pon...
ok, sekarang teliti semula peta minda untuk tajuk perniagaan dalam negeri.. 
fahamkan setiap huraiannya.. 
SELAMAT MENGULANGKAJI! 


Friday, August 16, 2013

Bab 2: Unsur Perdagangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua PETA MINDA untuk Bab 2 iaitu Unsur Perdagangan pula..
walaupun tajuk ini nampak simple dan senang, 
tapi anda perlu ingat dan fahami konsep BANTUAN PERNIAGAAN
jika anda dapat menguasi konsep asas bantuan perniagaan, 
ia akan memudahkan anda untuk menguasai tajuk dalam tingkatan lima nanti...
ok, teliti dan fahami peta minda ini..
semoga ia dapat membantu anda untuk menguasai tajuk ini...
SEMOGA BERJAYA!


Thursday, August 15, 2013

Bab 1: Asas Kepada Perdagangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
di sini saya lampirkan PETA MINDA untuk Bab 1: Asas Kepada Perdagangan
ingat semula apa yang sudah dipelajari untuk tajuk ini..
ingat semua konsep KEPERLUAN dan KEHENDAK manusia dan SISTEM BARTER
FAKTOR PENGELUARAN juga jangan dilupakan...
SELAMAT MENGULANGKAJI! :)


Wednesday, August 14, 2013

berangan sambil belajar..

nak berkhayal tak salah,
tapi jangan keterluan...
macmana nak berkhayal semasa belajar?
cuba kaitan apa yang sedang kita belajar
dengan persekitaran kita..
dengan cara itu, kita akan mudah untuk memahami sesuatu perkara..
tapi ingat!
jangan berkhayal berlebihan k?